Wednesday, August 5, 2009

Selamat Datang Ke Era Bioteknologi!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!!
Syukur alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku create blog aku sendiri....sebelum ni tengok blog orang lain je. Apa pun tujuan aku berblog hanya satu, ingin berkongsikan satu benda yg akan berikan satu impak yg sangat besar dalam kehidupan seharian kita selepas ini.
Bioteknologi...iaitu satu industri yg bakal meletup tak lama lagi bukan saja di Malaysia malah termasuk di Asia Tenggara. Kenapa Bioteknologi & apa kelebihannya??

~ Bioteknologi merupakan salah satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai aspek seperti perubatan, makanan, persekitaran dan kesejahteraan secara amnya.

Di antara contoh penggunaan bioteknologi adalah pencapjarian DNA bagi mengesan penjenayah dan mengenalpasti penyakit genetik; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dan penghasilan tanaman transgenik (transgenic crops) dalam sektor pertanian.

Rancangan Malaysia Ke-9 - Bab 6 menyatakan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab industri bioteknologi. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April 2005 telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara yang menggariskan sembilan teras utama dalam membangunkan bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru. Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk pembangunan bioteknologi dimana bioteknologi menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan negara. ~

Petikan dari BERNAMA :-

Industri Bioteknologi Bersedia Sumbang Lima Peratus KDNK

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Industri bioteknologi Malaysia dalam kedudukan yang tepat untuk memberikan sumbangan lima peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2020.

So, apa pendapat korang? Kerajaan dah beritahu terang2 bukan hint lagi tentang masa depan Bioteknologi industri. Takkan masih nak berdiam diri aje....mesti la buat sesuatu...ambil peluang yg telah tersedia terbentang luas. Nak tahu peluang apa, carilah aku.....bagilah peluang pada diri sendiri utk ambil tahu apa yg berlaku.

No comments:

Post a Comment